SCM Music Player

Khamis, 10 Disember 2015

Kenapa guna gelaran Kaklang ?

Assalamualaikum guys :)

Apa khabar iman iman mu sahabat ? Adakah semakin bertambah dengan amal ibadah ? :)

Okay , kaklang tak mau berceloteh panjang untuk intro ni . hee . Berbalik pada tajuk yang kaklang letakkan diatas tu . Ada seorang hamba Allah ni tanya kaklang "Kenapa awak guna gelaran Kaklang untuk blog awak kali ini ? Bukan awak biasa guna gelaran 'Cik La' je ke ?"

Kaklang tersenyum sambil menjawab sepontan , "Itu gelaran saya dalam keluarga" :)

Sambil menjawab bersahaja dan dibalas dengan "ohh" pada senyumannya . ;)

----

Kaklang saje nak ubah cara menulis belog . Al-maklumlahh , lama sangat dah tak menulis kann . Bak kata orang kebiasaan " Saje nak ubah angin" . Haha . Sebenarnya kaklang jarang juga guna gelaran ni dalam family , sebab ada gelaran lagi comel buat adik beradik kaklang . hehe *perasan* :P

Lagipun kaklang tak kesah ape pun gelaran yang korang nak panggil , cuma ! ehh ada cuma pulakkk . hee . Cumanya gelaran itu mestilah yang elok elok dan kaklang suka dengan gelaran tu . ye dak ? :)

Kalau korang pun mesti nak ada geleran yang elok untuk korang kann . Kalau korang nak tahu , gelaran ni salah satu nama yang menggambarkan watak dan perwatakkan korang . Jangan cakap manusia tak suka menilai , tapi itu adalah satu kelebihan yang pada ada setiap manusia iaitu menilai . Tak kira menilai benda yang baik atau buruk .

Cuba korang bayangkan , korang guna gelaran atau nickname pada laman sosial korang . Contoh macam "Kakak Niqabis " , "Abang Serban " , "Muslimah Fiddin" , dan macam macam lagi . Orang akan menilai korang yang korang tu mesti seorang yang alim , syadid , warak dan berbagai lagi . See ! Tu kan menilai namanya . Beranggapan yang bermacam . Lagi teruk kalau korang letak nickname yang tah ape ape je . Lagi laa orang duk menilai tanpa usul periksa . Haishh . Bikin dosa je kalau nickname tu tak elok di dengar . Even bersangka baik . Tapi berhati hatilah ! Kaklang pesan je . Jangan marah nahh :)

Siapapun korang , korang jangan busukkan nama sendiri . Dunia sekarang ni dah terlalu tua . Sekali keburukan yang korang buat , sampai mati pun belum tentu orang akan menilai korang sebagai seorang yang baik . So ! Behave yourself ! :)

Orang zaman sekarang cakap , "Takyah hipokrit , jadi diri sendiri" . Haha . Kepala hotak dia meh kaklang nak cakap . Hang nak jadi diri sendiri , baik hang duk dalam hutan . Takyah campur dengan orang . Tambah dosa je ! Haha . Ilal liqa'ii ~ ^^,

Tagune betul :)

#kaklangbermatasepet
#dakwahkecilkumembebel

Isnin, 7 Disember 2015

Hapuslah semua nya :')

Assalamualaikum semua :)

Sebenarnya harini baru selesai delete semua yang tak berkaitan dengan kaklang dahh . Haha , kaklang bukan apa sebab cinta manusia ni kaklang duk sayang dia nak mampuih , tapi dia bukan lah sayang kaklang sangat punnn . Lagi pulak dia tinggalkan kaklang sebab ada orang lagi lawa dari kaklang kononnya berkenan kat dia dan dia tinggalkan kaklang . Adoi ! Sentap kejap laa .

Tapi u all know , Allah balas ots*on the spot*  kat diaa . Haa , dia rasa sendiri kene reject pulak dengan perempuan tu setelah beberapa hari berkenalan .

Opss ! dah laaa ! Kaklang tak mau cerita dahh . Ohh kemon ! Nobody’s perfect right ? J

Tagune betul story kaklang ni . Tapi ape pun yang dah jadi . Kaklang takdelah anti lelaki terus , Cuma kaklang perlu perbaiki diri kaklang dulu . Barulah kaklang mencari kembali .


Dalam al-quran Firman-Nya pada surah an-Nur ayat 26 :
 “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?


Rasulullah ada berkata “ Jodoh adalah cerminan diri ” .

Jadi kalau kaklang pun takde usaha menjadi lebih baik , macam mana nak jumpa lelaki yang usaha menjadi lebih baik ye dak . Alahaii :’)


#kaklangbermatasepet
#dakwahkecilkumembebel

Khamis, 26 November 2015

Mula menaip kembali ^^

Assalamualaikum . My blog diaries .
Lama gila dah tak menaip , hampir setahun ku biarkan dikau menderita bersemak samun . Ewahh . Haha . Takde niat nak biarkan dikau sendirian . Tapi terpaksaĆ  . Ehh makin poyo pulak aku menaip . grr ~

Hmm , hidup ni macam simple sangat kan ? Sebab kita rasa apa kita nak buat , kita buat . Kadang sampai abaikan orang sekeliling . Hmm hmm . Sebenarnye hidup ni berat , banyak tanggungjawab yang perlu dipikul . Cuma nak ringan , hanya perlu buat mengikut cara yang betul dan tak melanggar syariat je . that's it ! Haha

Yang aku ni , nak berubah . Dari jahil ke baik . Tapi serius talk laaa , payah betul nak istiqamah . Haihh alahaii :'(

Harini disaat semua orang sedang dibuai mimpi dan segelintir yang bangun untuk beribadah dilarut malam ni , aku yang baru habis berzikir , terus teringat nak menaip semula diari blog akuu . Kali ini aku nak menaip lebih tentang kisah aku .

Kalau ikutkan dah setahun lebih aku tak menaip , al maklumlahh , busy sangat . err ~ haha . Tah laa , alasasan paling kukuh sebenarnya "Malas" ! Haha . choii --'

Allahu Rabbi , sedih betul cara hidup aku . Aku usaha dah berserah je . May Allah give me a strongest ! Aku kadang malu dengan kawan kawan yang berjaya . Even kami sama sama grad dalam pengajian diploma , tapi aku abaikan segala yang aku punya . Ilmu aku tak dikongsi , dibiar basi . Ya Allah , jahilnyaaa aku :'(

Tagline : Aku ingin berubah . Kembali kepada-Nya !

Sekadar ini saja yang aku dapat menaip , insyaAllah jika masih diberikan kesihatan menghirup udara dan beribadah pada-Nya , aku akan teruskan :')

Rabu, 23 Julai 2014

JODOH :')

AllahuAkbar AllahuAkbar :')

Bismillahirrahmanirrahim .
InsyaAllah pada entry ana kali ini , akan ana kongsikan berkaitan 'Jodoh' . Ana mula mahu berkongsi tajuk ni kerana ada seorang sahabat ana memperkenalkan coretannya di blog beliau dan meminta ana bersama sama merasai apa yang ditulisnya itu . Tertarik sungguh ana dengan salah satu bahagian kata-katanya .

"Orang yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit,yang boleh saya curi curi ambil dari troli orang lain.Kalau pun dia dengan saya.suatu hari dia boleh pergi ke orang lain.Kalau pun dia dengan kekasihnya,suatu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain.Dia ada otak,ada hati,ada kaki.Dia boleh ke mana mana sesuka hati." *copypaste dari blog beliau*

Memang betul , kita bercinta bukan dengan barang . Tapi Manusia ! Yang mempunyai otak , hati , dan kaki . Yang boleh merubah apa saja yang mereka mahu . Seperti takdir apa yang kita sedia tahu . Jodoh , pertemuan , ajal dan maut . Empat perkara memang kita tidak boleh merubah takdirnya sekiranya kita sendiri tidak mahu merubahnya .

Ana pun pernah alami situasi seperti ini banyak kali . Ana bercinta , ana yang berubah ! Ana bercinta , ana pula yang kecewa ! Tapi inilah dunia manusia dalam mencari 'jodoh' , kita semua akan lalui karma masing-masing . Bercinta bertahun-tahun dengan bakal suami kononnya . Tapi semua tu bukan jodoh ana , sebab apa ana cakap macam tu . Sebab satu saat yang kene ana kena terima juga iaitu 'Perpisahan' ! Sakit dihati macam hati dirobik , hati macam dibakar !

Biarlah kita buat apa je untuk bakal jodoh kita sekali pun , kalau dia berubah , semua akan berubah ! Sebab itulah jodoh ni Allah yang menentukan , Allah je yang tahu ! Kita nak orang tu , tak semestinya Allah bagi kita ada 'jodoh' dengan dia . Kalau kita taknak orang tu , tak mustahil Allah akan bagi dia ada 'jodoh' dengan kita . Jauh macam mana pun 'jodoh' tu , Allah akan permudahkan kelak . Kita berusaha jaga 'jodoh' kita jika ada :) 'Jodoh' berkekalan atau 'jodoh' separuh jalan .

Andai bukan'jodoh'.
Kita redha :')

Rabu, 2 Julai 2014

KETIKA DIRI TIDAK DIHARGAI

Hidup ini hanya sementara , segala yang di kecapi akan ditinggalkan . Pada usia yang semakin tersisa dan baki yang masih ada , maka bersegeralah 'belajar' untuk MENGENAL TUHAN ~ Awaluddin Ma'rifatullah :)

Jauhku melangkah , Jauh Pengalamanku :')


Tidak semua manusia mampu menghadapi tekanan apabila diri dihimpit resah taktala terasa diri semacam tidak dihargai lagi .  Sungguh betapa sukar untuk menerima hakikat ini hingga ada yang kecewa , sengsara dan derita . Memikirkan diri tidak dihargai lagi bukan sahaja gerak langkah yang kita aturkan semakin sumbang dan tak bermaya bahkan ia akan membunuh semangat diri kita . Hidup akan jadi tidak berkeyakinan lalu sampai bila ? bukankah hidup ini terlalu singkat , demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan . Ruginya hidup kita bila terlalu banyak bermainan dengan perasaan , alpa serta khayal memikirkan sesuatu yang tidak mendatangkan hasil . Ramai manusia bila kecewa atau sengsara akan membawa hati yang lara terlalu jauh dari kehidupan ini . Duduk di dalam dunia ciptaan sendiri  walhal dunia itu hanya dunia angan-angan yang tidak wujud !.  Apa keberhasilan yang kita perolehi disebalik semua itu ? sedangkan alam yang diciptakan oleh Allah Ta’aala terlalu banyak nikmatnya untuk dinikmati . Tidak semestinya makan itu nikmat , minum itu nikmat , bercinta itu nikmat , kahwin itu nikmat , keluarga itu nikmat bahkan seluruh isi alam ini terlalu penuh dengan kenikmatan yang tidak mampu kita hitung !. Jadi , mengapa rasa diri tidak dihargai... cuba renung dalam diri kita . Apakah kita tidak sadar bahawa kita punyai harga diri ? Kita punyai kelebihan dalam diri kita , keunikan yang tidak mungkin ada pada orang lain .

Hari ini jika kita rasa kecewa dan menderita , padamkan-lah dalam kamus diri kita . Hargailah diri kita , tidak mengapa jika orang disekeliling kita atau orang yang kita sayangi tidak menghargai kita asalkan kita sendiri punyai harga diri . Pasakkan dalam hati kita , keyakinan dan  pohonlah hidayah dari Allah , semoga terlimpah dalam jiwa . Mudah-mudahan bila kita membuka mata nanti , kita tidak akan lagi nampak keresahan , kekecewaan sebaliknya kekuatan , kesungguhan kita melangkah alam ini dengan penuh bertenaga . Ingat dunia ini tidak akan berubah tetapi mata hati kita yang mulai berubah . Pandanglah ke hadapan bahawa kita punyai matlamat yang lebih penting lagi untuk kita tempuhi . Kembara hidup kita masih lagi jauh , jauh bukan bererti alam ini atau kita hidup ke penghujung usia . Tetapi alam seterusnya masih ada dan masih belum kita lalui . Dunia ini jambatan akhirat maka persiapkanlah diri dan janganlah terlalu lama memandang hal-hal yang remeh dalam kehidupan ini . Gunakan segala setiap ruang dan kesempatan hidup kita serta manfaatkan usia yang Allah kurniakan untuk kita berbakti dan menabur jasa di alam ini . Jangan mengharapkan balasan tetapi ikhlaslah dalam perjuangan hidup ini . Masa tetap akan berjalan dan begitu pantas sekali hingga kita tidak mampu memintas masa yang cepat berlari . Maka kejarlah kehidupan ini dengan matlamat yang jelas , teladan yang baik pedoman yang lengkap dan jalan serta perjuangan yang mantap ! Gunakanlah kesempatan ini selagi mana Allah tentukan buat kita sebelum kesempatan ini tertutup . Seorang ulama pernah berkata "Setiap inci tanah di muka bumi ini ialah tempat yang subur untuk menanam benih syurga."

Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari pelbagai masalah hidup . Tidak mengapa merasa derita atau kecewa kerana ia akan memberi pengajaran dalam hidup kita bahawa tidak ada tempat yang dapat mengubat segala penderitaan ini melainkan kepada Allah segala penawarnya .

p/s : Perbaiki Hati dan Perasaan :')