SCM Music Player

Isnin, 21 April 2014

Gembira Dalam Tak Sedar :’)

Diari Ohh Diari J heee ~

Harini aku nak taip pasal suatu kegembiraan yang kita tak pernah nak jangka benda tu akan terjadi . Ia juga di ertikan sebagai suatu perkara yang menggembirakan hati kita dalam satu masa tanpa kita sedar J
Itulah yang dinamakan sebagai NIKMAT J

Bukan semua orang dapat merasai sesuatu yang menggembirakan dalam tak sedar tu . Mungkin itulah HIKMAH di sebalik apa yang kita lalui sebelumnya . iya tak . J

"Berikan aku hati yang jernih ,
Agar aku selalu bersyukur di atas kekurangan yang aku milikki ,
Agar aku merasa cukup dalam kekurangan ,
Ajarkan aku erti redha & ikhlas ,
Agar aku tidak mengeluh ketika kebahagianku tidak lagi sempurna ."

Kegembiraan dan kebahagiaan adalah milik semua orang . Cuma setiap kegembiraan dan kebahagiaan itu perlu melalui detik ketabahan dalam menghadapi apa jua ujian dan rintangan dari Yang Esa .

“Setiap yang sakit dan perit itu pasti di akhirnya menemui saat kemanisannya sama ada sedar atau tak sedar J

Khamis, 17 April 2014

Jodoh Milik Indahnya Akad Perkahwinan :)


“ Nakkan seseorang tak semestinya kita dapat . Bila dah dapat , tak semestinya kita punya . Bila kita punya , tak semestinya akan bersama . Bila bersama tak semestinya kekal selamanya . Tapi segalanya tak akan mustahil , andainya JODOH itu milik  kita .” 

#perkahwinan


"Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui . Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai ."



Rabu, 16 April 2014

Sungguh Pun :(

Sungguh pun aku selalu terfikir ,
"Apakah yang aku mahu dalam hidupku ini ?"

Sungguh pun aku selalu tertanya ,
"Apakah yang aku buat selama ini suatu yang betul ?"

Sungguh pun aku selalu termimpi ,
"Apakah setiap kejadian yang berlaku adalah takdirku ?"

Sungguh pun aku selalu terbayang ,
"Apakah aku ini di lahirkan untuk mengecapi keindahan Duniawi dan Ukhrawi ?"

.....................................................

Berapa banyak "Sungguh Pun" yang ada dalam fikiran aku , Aku yakin dan pasti setiap kejadian yang terjadi ada Hikmah dan Pengajarannya yang tersendiri . Mungkin Iman di dada perlu ditetapkan dan dikukuhkan lagi . Yakni aku sedar yang Iman ku masih selemah lemah Iman dan sehina hina hamba-Nya . :'( 

Allahu ~ Allahu :'(

Selasa, 15 April 2014

Teringat pulak nak menaip :D

Hai ! Morning :D 

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa hari ni :) hehe . Bukan le tak mau tulis , aku mau taip je . hoho ! Aku ni bangun harini awal pulak . Ni sebab adik Muhyi punya pasal laa . Ade ke patut dia tutup air-cond dalam bilik aku . Panas doo . haishh , pepagi dah buat diri sendiri kene sekeh dgn kakak dia . ahaha . *Naseb kau la adikk :P*

Lepas hantar mama dengan adik pagi tadi . aku punyalah semangat basuh kete Abah saga flx tu . Memang bersino sino la citenye . hahaha . Aku ciplak Shower krim and Shamphoo dalam toilet along . hahaha . ni sbb nak kasi wangi punya pasal . *jahat betul adik along ni :3* Pehtu , aku campurkan sabun basuh pinggan yang kaler ijo tu . lawak je bile aku bancuh dgn ayo paip . geli ati betul laaaa ! xD 

Huhh . Penat gak basuh kete tadi *padahal cuci ala kadar je* . hee ~ tak kesahlahh . asalkan aku basuh kete uhh . bio je la letak tengah panas uh . Nanti kering la kan . huhu . Jap lagi nak jumpa Bella dgn Syeima . hehe . Mesti tgh tido lagi diorang uh kannn ~ :P

...........................................................

Teringat peristiwa malam tadi . Ade ke mama suh aku ajo budak budak Ngaji . Dah la aku tengah datang peot (period) , aku terus tolak meja lepak al-Quran tu ke arah lain sbb nengok dari jauh je le . Budak tu pelik je nengok aku buat mcm tu . dia tanya aku kenapa aku buat mcm tu . Aku bisik la kat dia yang aku dtg bulan *untung budak tu perempuan baru drjh3* . Dia jawab , "Akak ni merepek la..Mana boleh bulan tu datang kat akak..penipu betullaa" . Opsss ! Malu betul laa , ckp kuat kuat pulak tuu . ish budak nii . aku sekeh kang . Hahaha . bantai aku gelak je la tapi budak tu buat muka nohen je ~ Sabo je lee . Takpela , abaikan . Naseb la lancar je budak tu ajo ngaji . Kalau tak , aku sambung gelak lagiii ~ :D

btw , Taip panjang panjang pun , aku jugak yang bace sendiri nanti . ye tak ? :) hehe

K tata :D

Isnin, 14 April 2014

Planning Jenjalan W/My Cousin :)

14hb April 2014

Aloha my diary . missyou . haha . Macam hape je . eleh . Ajet ajet je la aku ni . :P Kau kenal tak Husna ? ala cousin aku takkan kau tak kenal . hihi . okay stop dari berpropaganda ! xD Saje jela aku tulis story mory buat masa ni . Aku ada sorang cousin ni , tp dia dok kat kL . Asyik nak ajak aku g kL je sbb nak jenjalan and shopping dengan dia . aku bukanlah taknak , tapi di sebabkan aku busy sejak dua menjak ni , al maklumlah aku baru je habis final jumaat lepas . so banyak benda nak kene pikir . Nak keje la , nak kumpul duit lahh . huhu . :D

Tapi tadi aku baru lah on wechat aku yang sekian lama tak on sebab handphone aku rosak retak sebab jatuh . nak buat mcm mana , dah nasib . L Husna si kazen aku uh tegur aku kat chatting , nak sembang pasal plan pegi kL nun la . Hahaha . macam macam la plan pasal tiket la , nk berenti kat mana la , tarikh la , btw , terus planning dua tempat . Iaitu plan A pegi KL , plan B pegi IPOH . Terpaksa la . sbb takot plan g kL tu tak menjadi . hihihihi

Aku tak kesah sangat pegi memana pun asalkan dapat enjoy *macam sebelum ni tak pernah enjoy pulak* . hihihi :3 Tapi tu la . aku bukan reti nak ke KL sane , takot kot . hahaha . kalau sengsorang lagi la seram , mau aku bawak spare pisau or gunting dalam beg banyak banyak . *takot punya pasalkan* Kot kot ade orang jahat ke , hape keee . *iieee seram ! >___<

Moga di jauhkanlah dari semua bala tu . Aminn ~ HUHU .

Ni baru plan , sebab Husna pun tak sure boleh bawak aku g jalan kL ke tak , dia pun tak berapa nak pandai sangat la . Budak baru belajar . hihihi . Tu yang dia plan pegi Ipoh kalau tak jadi pegi kL . Ipoh pun ipoh la . Paling best kalau lepas shopping dapat pegi berkelah pulak! Perghhh ~ best dooooooo xD

Dah terbayang bayang aku nak mandi air terjun . wiwwittt :D Nasib la tu baru plan . hihii J insyaAllah , semoga Allah permudahkan segalanya . Aminn J okay lahh . tak tahu nak taip apa lagi . dah ngantok . nak tido J

Ni laa cousin aku yang cute tu :* Wajahnya perlu disorokkan :P

Nama dia Ainul Husna binti Mohd Manoj . Okay , GoodNight Diary . J