SCM Music Player

Jumaat, 11 April 2014

Tegur Jika Salah :) Beri Semangat Jika Gembira :)

Bismillahirrahmanirrahim :)

Setiap bait kata kata adalah sesuatu yang perlu di fikir sebelum di tafsir .
Tidaklah membuat andaian secara melulu tanpa usul periksa .
Setiap yang Baik semuanya sempurna dari Allah SWT dan setiap yang Buruk yakni kekurangan juga dari Allah SWT cuma Hamba-Nya yang melakukan .
Tidaklah berterusan menjadikan ia suatu kekurangan .
Tetapi belajarlah merubah kekurangan itu . :)

Yang Ku Fikir :)

Selasa, 1 April 2014

Say NO To April Fool Day !


April Fool Perayaan Membodoh-bodohkan umat Islam
Jangan membodohkan diri untuk sambut .

Sebarkan sebanyak2nya ~



Sejarah April Fool ~

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam

#Muhasabah_Diri #Bakal_Jenazah #copypaste #Dakwah :)

" Kullu minnaAllah "



Aku pendengar , tp malangnya aku bukan pencerita .

Aku pendengar yg setia , tp malangnya aku bukan pengadu simpati .


Aku pendengar yg menyimpan seribu rahsia , tp malangnya bukan satu pun aku boleh cerita .



Jangan resah andai ada yang membencimu ,


kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia .


TETAPI ,


resahlah andai Allah membencimu ,


kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat .

Isnin, 31 Mac 2014

Terasa hati :’(

Assalamualaikum dairi hatiku .

Hari ini 30hb 03 2014 . aku pergi kfc sbb nak siapkan kerja khat abg *fakhrul* . happy sangat . tapi rupanya duka yg menimpa aku . aku khusyuk buat khat , tetibe tergerak hati aku nak pandang tempat cuci tangan . terkejut aku nmpk adik angkat aku *syera* . hmm . berdebar jantung aku . aku dpt rasa yg dia nampak aku , tp dia buat tak tahu je .

Alahaiii , sakitnya hati akak , dek L

Kenapa adek buat tak tahu je kat akak ehh ? Akak ade buat salah dgn adek ke ? kwn kwn adek pun nmpak akak , tapi semua buat tak tahu je kat akak . Akak tahu akak tak layak jd akak adek . but ~ nape tak terus terang je ? tak sayang akak da ehh ? L

Kalau tak suke . adek bagtau je kat akak . InsyaAllah akak terima . :’)

Adek tahu tak , akak setiasa berharap adek akan tegur akak , msj akak n call akak . Tapi semua tu khayalan akak je :’) Akak happy je bila tahu adek happy . Tapi kan dek , sakit hati dek , sakit sangat ~ :’(

Akak msj adek wish “Morning” pun adek tak balas . Akak tahu msj tu taka de makna apa apa buat adek , tp kan dek , msj tu sangat bermakna buat akak untuk tengok adek balas . hmm hmm hmm ~
Adekk , Akak tunggu adek teur akak eh . Akak akan buat rutin akak , akak bg msj kat adek bila akak rasa rindukan adek . tp bkn bermakna akak tak bagi msj tuu , akak tak rindu adek . mybe akak tengah sibuk buat kerja . Maafkan akak ehh :’(

Adekk , Akak rindu la kat adek . HAri hari berharap dapat jumpa adek . tapi , tak pun . Sedih dek . adek sedih tak kalau tak dapat jumpa akak ? Takpe dekk , ade rezeki , kita jumpa ehh J

Adek , Akak nak undur diri dlm diam je . walau apa pun yang adek dah buat kat akak . takpe , akak tak kesah . akak cuba redha :’)
> Siti Nur Shahirah Binti Saad <

“ AKAK TETAP SAYANG ADEK TAU !! ”

Ohh hai diari , cukup sampai sini je laa . aku sedih ni . Byee . L

Jumaat, 28 Mac 2014

Sejarah yang di kenang kenang :'(

Assalamualaikum ~

Betapa tak ku sangka kalau fikiran ni sering bercelaru mengingatkan sejarah lama . *Ya Allah :(* Tapi apakan daya itu lumrah kehidupan seseorang yang mempunyai sejarah yang manis ataupun pahit . Begitu juga dgn aku . 

Susah kita nak fikir perkara yang terus kehadapan . Sebenarnya bkn susah pun . Cuma malas ni usaha melupakannya je pun . huhu . Aku ni tah laa . Sejak seseorang muncul dlm hidup aku . Apa yang di pinta sentiasa ku berikan *apa apa pun* , tanpa berfikir panjang . itu lah sebabnya dunia ni fana dgn sifat sifat mazmumah hamba hambaNya . :( *termasuk aku yg kerdil ini*

Takkala apa yg aku dapat pun senang di ucapkan "Alhamdulillah" tetapi semua itu salah dan haram . Semua kerana sejarah .

Bila sejarah itu baik . Aku sering tersenyum , seperti aku mempunya seorang kawan lelaki yg selalu ambil berat pasal aku , tapi dlm masa yg sama ia menyakitkan hati aku kerana sifat panas barannya . 
Dan bila sejarah itu tidak baik , Aku menangis mengingati setiap tingkah laku aku yang sudah membatasi hukum syariat , berdosalah aku kepada kedua ibu bapaku serta pada-Mu ya Allah . :'( *Allahu'Akbar*

"Semakin hari , semakin suram wajah di muka . Senyuman yang terukir dahulu pun susah nak ku keluarkan ."