SCM Music Player

Isnin, 12 Mei 2014

Takdirku yang masih belum pasti :’)

11hb May 2014

Ketabahan diri seharusnya ada dalam diri . Begitulah yang aku perlu buat sekarang pada diri aku . Tabah dengan segala ujian dan dugaan yang aku alami sekarang ni . Aku tahu siapa aku dan aku tahu sejauh mana kemampuanku . Iman di dada aku juga semakin hari semakin lemah dan rapuh . Allahu’Rabbi L

Hubungan aku dengan Si Dia pun sering bermain di fikiran aku . Bukan aku tak mampu untuk memberikan yang terbaik , tetapi keyakinan aku masih belum kuat untuk terima apa yang aku akan dapat tak lama lagi . Tak semua orang boleh terima aku dengan sepenuh hati . Inikan pula suatu yang bakal aku bawa sehingga ke mahligai Perkahwinan .

“Mampukah aku jadi Wanita dan Isteri Solehah buat Bakal Imam ku nanti , dengan segala bekalan Iman yang sering goyah ini ?”

“MAMPUKAH AKU ??!!!”

Jauh berfikiran tentang suatu yang tak baik adalah NEGETIF , tapi itulah yang berlaku pada aku ! L Resah dengan segala takdir yang masih belum pasti :’(

Sering terlintas dalam fikiran aku , “Tidak semua takdir itu Indah tapi setiap takdir itu mungkin ada hikmahnya yang tersendiri dan itulah yang perlu kita terima dengan redha .”


Itulah TAKDIR ! :’)

Selamat Hari Ibu :)

Mama Ku , Permaisuri Ku . :')
11hb May 2014

Selamat Hari Ibu :)

Sejak ku dilahirkan , belaian mu tidak pernah kasah pada setiap inci tubuhku .
Kasihmu yang tercurah tak pernah berkurangan .
Air susumu yang membuatkanku kuat dan bertenanga .
Tiada terhapus kasih sayangmu terhasapku sehingga kini .

Kau bukan mainan untukku permainkan sesuka hatiku .
Tetapi kau Permaisuri hatiku pengubat segala rasa hatiku :')

I Love You , MAMA ^^