Pengalaman Mencerminkan Pemikiran Matang Seseorang Itu Berdasarkan Apa Yang Dia Lalui Suatu Ketika Dahulu ~
SCM Music Player
Jumaat, 25 April 2014
Balik Manjung ! :D
24hb April 2014 (6.30 p.m)
HOHOIIIIII ~ Balik rumah oooo Balik rumah ! :D *elehh , macam tak
penah pulak gue nak balik umah kan* hahaha :D bukan ape la , nak jumpe dengan
adik . hehe . rindu nak sekeh kepala adik . *siaplah kau adikk! xP muehehehe!*
Harini keje semua gue siapkan cepat . abah pun terkejut gaklah gue
boleh siapkan keje yang berlambak kat dapur tu dengan cepat . well , Anak abah
memang hebat pun , tak gitu . hihi *perasan , tapi betul what . :D* HAHAHA
Teringat pulak tengah hari tadi . gue punya lah sebuk buat keje , dah
la customer ramai gilak rini . cehh ! gue yang kat dalam pun kene keluar jadi
pelayan . *class kau Jah ! xD* Macam tak biasa pulek gue ni . beria je nak
story , ye dok ? haha -..-’ Tetibe pulak si Shaf ni call aku sebab aku tak
balas msj dia . Memang kene marah balik la citenyee . Gue dah le busy beno .
haihhh . Naseb la kau Mat oiii ~ >.< Masa tu kan time orang ramai nak
lunch . haha , memang ramai la kannnn ~
Petang ni nak balik manjung , tapi abah keluar pulak dahh . kene
tunggu abah balik dulu laa . Takpe , masih boleh bersabar lagi :’) heee ~
K la , nak kemas barang . Jap lagi nak balik daaaaa . Bantal bucuk
dengan Berry jangan gue lupa pulak . hehe . yahooooo ! xD
>> daaaaaaa Diariku :’)
Kesian Ibu :’( Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
23hb April 2014 (11.00 a.m)
Mlm tadi tido umah opah sebab opah ajak teman . Atok yoep balik umah
bini dia .arghh. biarlahh . Lepas subuh tadi aku sambung tido kat umah opah
lagi . Lahai sakitnya pulak perut aku tadi . hmmm L tapi dah
pinjam ubat panas , lega sikit *sakit bak hang !*
Opsss ! Okayy , nak citer pasal Ibu pulak . heee ~ Bukan berita yang
mengembirakan , malah sangat menyedihkan . Lepas opah gerak tadi dalam kul 9 ,
aku terus balik kedai n mandi mandi . Siap je aku kenakan baju tshirt muslimah
n seluar track , terus aku keluar . Ehh , aku pakai tudung endon arini je .
malas nak pakai pin segalakk ! Simple sudaaa ~
Kak Lia terus tarik tangan aku . *pehal pulak la kak lia ni tarik
tarik , geram pun ade masa tu* Rupanya dia nak bagitau aku yang dia Nampak
bangkai Ibu kat tepi jalan . Kene langgar dek lori gamaknya . hmmmmmmmmm . Aku
terdiam terus . langsung tak cakap apa apa *hanya mampu beristighfar dlm hati
jee* . hmmm . sedihhh sangat sampai mengalir air mata aku :’(
Dah la petang semalam baru manja manja dengan Ibu . siap kasi makan
cucur lagi tu . hmmm L Kesian kat
Memey dengan Momo , Ibu dah mati pulak . Ni pun aku tak pegi tengok lagi
bangkai Ibu . Takpelahh , petang sikit nanti la aku pegi bawak Memey dengan
Momo .
Kak Lia bagitau yang Ibu Cuma kene langgar kat bahagian kaki sampai
perut je , tangan dengan kepala dia okay je . Cuma tu lahh , habis isi perut
Ibu terkeluar . hmmmm L Sedih .
Dari kecik aku bela Ibu , sampailah Ibu dah beranakkan Memey dengan Momo tu .
hmm .
Walaupun Ibu adalah seekor kucing , banyak kenangan aku dengan Ibu .
Semoga Ibu di alam yang indah sane yeee . Makhluk ciptaan Allah :’)
Wa’allahualam ~
Meow Meow ^_^
22hb April 2014 (6.55 p.m)
Meow Meow JAssalamualaikum .
Selesai sudaaaa basuh semua pinggan , cawan cawan n
tray . haa ~ penat habaq hang ! >.< hahaha . takk kesah la . yang bestnya
main air tu . hehe . Tadi sempat gak la bagi Ibu makan cucur kucai . hahaha .
tu pun opah yang masakkan . Ibu ni makan gak cucur sbb ade ikan bilis . kalau
tak , tah nak ke tak makan . yang gempaknya , aku bagi sampai enam ketoi cucur
tu dia boley habiskan . hihi J
Masa tu jugak aku nangkap gambar Ibu mase makan cucur . hehe . comel
sangat ! Pehtu Ibu mula lah menggedik “meow moew” kat kaki aku . haha . minta
di belai agaknya ! *mmg tu je la sebabnya pun * -.- Momo dengan Memey tah pegi
mana tah . Tadi dah bagi minum susu , terus hilang . Yang si Gemok ni mesti kat
umah opah . ape lagi kejenye kalau bukan nk ngorat si Mimiy la tu . haha . Yang
mandul tu jugakyang kau nak ye Gemok . haha :3
Ini lah kucing kucing yang aku bela sekarang . Geram je main dengan
deme . hihi . DAH MAGHRIB :P Mandi yokkk ! xD
TATA ! TITI ! TUTU ! ^.^
_________________________________________________________________________________
Ibu *Ibu kepada Memey n Momo
Memey n Momo *Anak Ibu
Gemok *Jantan yang buntingkan Ibu ,Bapak kepada Memey n Momo
Mimiy *Kucing mandul belaan yang ada kat umah opah
First day as Cleaner kitchen :)
21hb April 2014 (6.55 p.m)
Assalamualaikum J
Harini
hari Isnin . iaitu hari pertama aku keje bagi menggantikan Kak As bagi keje
keje membersih dapur . Hmm , bukan tak pernah keje pn sebelum ni , Cuma
biasanya aku jadi pelayan . haha . class gitu ~~ :P Tapi aku tak kesah pun dgn
mana mana keje yang aku buat . Mmg best keje ni . Cuma ye lah ka , penat je
hasilnya :’) btw , aku ikhlas je keje , Anak Tokey la katakan . hihihi
Tapi tu laa . Jarang gak aku
jadi cleaner sblum ni . haha . semua benda yang aku buat , semua kene marah .
alaa , tak kesah pun kene marah sbb salah letak barang la , salah cuci barang
la . hahaha . ade je yang tak kene . *beron pale otak gue* -.-‘’
Naseb lah Kak Lia n Kak Ayu*pekerja abah* tak buat hal rini . Deme
dedua okay pulak . rajin layan kerenah aku . hahaha , gosip gosip la citenyeee
. :D
Keje sampai petang , kesian kat Shaf . aku layan kejap kejap je .
hahaha . *naseb lah kau yeee :P* Ala , aku tak msj ke tak cll kau ke , aku
bukan cari jantan lain . aku sibuk sikit keje . kadang kalau customer ramai ,
aku kene gak layan deme . lgpun clean semua benda kat dapur pun bukan lama
sangat pun . siap je aku keluarlah . huhu
Petang ni tak buat apa apa . sakit kepala pulak , basuh tray sampai
habis . rehat je la . solat , then tido . msj dgn shaf pun kejap kejap je . sbb
dia pun mcm sibuk jeee . takpe . tak kesah pun , Malas nak ngongkong , aku
bukan bini dia pun . J kan ? kan
? J
K la . Nak magrib da ni . tata . wassalam Diariku ^^,
Isnin, 21 April 2014
Gembira Dalam Tak Sedar :’)
Diari Ohh Diari J heee ~
Harini aku nak
taip pasal suatu kegembiraan yang kita tak pernah nak jangka benda tu akan
terjadi . Ia juga di ertikan sebagai suatu perkara yang menggembirakan hati
kita dalam satu masa tanpa kita sedar J
Itulah yang
dinamakan sebagai NIKMAT J
Bukan semua orang
dapat merasai sesuatu yang menggembirakan dalam tak sedar tu . Mungkin itulah
HIKMAH di sebalik apa yang kita lalui sebelumnya . iya tak . J
"Berikan aku hati yang jernih ,
Agar aku selalu bersyukur di atas kekurangan yang aku milikki ,
Agar aku merasa cukup dalam kekurangan ,
Ajarkan aku erti redha & ikhlas ,
Agar aku tidak mengeluh ketika kebahagianku tidak lagi sempurna ."
Agar aku selalu bersyukur di atas kekurangan yang aku milikki ,
Agar aku merasa cukup dalam kekurangan ,
Ajarkan aku erti redha & ikhlas ,
Agar aku tidak mengeluh ketika kebahagianku tidak lagi sempurna ."
Kegembiraan
dan kebahagiaan adalah milik semua orang . Cuma setiap kegembiraan dan
kebahagiaan itu perlu melalui detik ketabahan dalam menghadapi apa jua ujian
dan rintangan dari Yang Esa .
“Setiap
yang sakit dan perit itu pasti di akhirnya menemui saat kemanisannya sama ada
sedar atau tak sedar J”
Khamis, 17 April 2014
Jodoh Milik Indahnya Akad Perkahwinan :)
“ Nakkan seseorang tak semestinya kita dapat . Bila dah dapat , tak semestinya kita punya . Bila kita punya , tak semestinya akan bersama . Bila bersama tak semestinya kekal selamanya . Tapi segalanya tak akan mustahil , andainya JODOH itu milik kita .”
"Ada rahsia di sebalik rahsia yang tidak kita ketahui . Berdoa dan bergantung haraplah kepada Allah kerana Dia Lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan bilakah masa yang sesuai ."
Rabu, 16 April 2014
Sungguh Pun :(
Sungguh pun aku selalu terfikir ,
"Apakah yang aku mahu dalam hidupku ini ?"
Sungguh pun aku selalu tertanya ,
"Apakah yang aku buat selama ini suatu yang betul ?"
Sungguh pun aku selalu termimpi ,
"Apakah setiap kejadian yang berlaku adalah takdirku ?"
Sungguh pun aku selalu terbayang ,
"Apakah aku ini di lahirkan untuk mengecapi keindahan Duniawi dan Ukhrawi ?"
.....................................................
Berapa banyak "Sungguh Pun" yang ada dalam fikiran aku , Aku yakin dan pasti setiap kejadian yang terjadi ada Hikmah dan Pengajarannya yang tersendiri . Mungkin Iman di dada perlu ditetapkan dan dikukuhkan lagi . Yakni aku sedar yang Iman ku masih selemah lemah Iman dan sehina hina hamba-Nya . :'(
Allahu ~ Allahu :'(
Selasa, 15 April 2014
Teringat pulak nak menaip :D
Hai ! Morning :D
Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa hari ni :) hehe . Bukan le tak mau tulis , aku mau taip je . hoho ! Aku ni bangun harini awal pulak . Ni sebab adik Muhyi punya pasal laa . Ade ke patut dia tutup air-cond dalam bilik aku . Panas doo . haishh , pepagi dah buat diri sendiri kene sekeh dgn kakak dia . ahaha . *Naseb kau la adikk :P*
Lepas hantar mama dengan adik pagi tadi . aku punyalah semangat basuh kete Abah saga flx tu . Memang bersino sino la citenye . hahaha . Aku ciplak Shower krim and Shamphoo dalam toilet along . hahaha . ni sbb nak kasi wangi punya pasal . *jahat betul adik along ni :3* Pehtu , aku campurkan sabun basuh pinggan yang kaler ijo tu . lawak je bile aku bancuh dgn ayo paip . geli ati betul laaaa ! xD
Huhh . Penat gak basuh kete tadi *padahal cuci ala kadar je* . hee ~ tak kesahlahh . asalkan aku basuh kete uhh . bio je la letak tengah panas uh . Nanti kering la kan . huhu . Jap lagi nak jumpa Bella dgn Syeima . hehe . Mesti tgh tido lagi diorang uh kannn ~ :P
...........................................................
Teringat peristiwa malam tadi . Ade ke mama suh aku ajo budak budak Ngaji . Dah la aku tengah datang peot (period) , aku terus tolak meja lepak al-Quran tu ke arah lain sbb nengok dari jauh je le . Budak tu pelik je nengok aku buat mcm tu . dia tanya aku kenapa aku buat mcm tu . Aku bisik la kat dia yang aku dtg bulan *untung budak tu perempuan baru drjh3* . Dia jawab , "Akak ni merepek la..Mana boleh bulan tu datang kat akak..penipu betullaa" . Opsss ! Malu betul laa , ckp kuat kuat pulak tuu . ish budak nii . aku sekeh kang . Hahaha . bantai aku gelak je la tapi budak tu buat muka nohen je ~ Sabo je lee . Takpela , abaikan . Naseb la lancar je budak tu ajo ngaji . Kalau tak , aku sambung gelak lagiii ~ :D
btw , Taip panjang panjang pun , aku jugak yang bace sendiri nanti . ye tak ? :) hehe
K tata :D
Isnin, 14 April 2014
Planning Jenjalan W/My Cousin :)
14hb April 2014
Aloha my diary . missyou . haha . Macam
hape je . eleh . Ajet ajet je la aku ni . :P Kau kenal tak Husna ? ala cousin
aku takkan kau tak kenal . hihi . okay stop dari berpropaganda ! xD Saje jela
aku tulis story mory buat masa ni . Aku ada sorang cousin ni , tp dia dok kat
kL . Asyik nak ajak aku g kL je sbb nak jenjalan and shopping dengan dia . aku
bukanlah taknak , tapi di sebabkan aku busy sejak dua menjak ni , al maklumlah
aku baru je habis final jumaat lepas . so banyak benda nak kene pikir . Nak
keje la , nak kumpul duit lahh . huhu . :D
Tapi tadi aku baru lah on wechat aku yang
sekian lama tak on sebab handphone aku rosak retak sebab jatuh . nak buat mcm
mana , dah nasib . L Husna si kazen aku uh
tegur aku kat chatting , nak sembang pasal plan pegi kL nun la . Hahaha . macam
macam la plan pasal tiket la , nk berenti kat mana la , tarikh la , btw , terus
planning dua tempat . Iaitu plan A pegi KL , plan B pegi IPOH . Terpaksa la .
sbb takot plan g kL tu tak menjadi . hihihihi
Aku tak kesah sangat pegi memana pun
asalkan dapat enjoy *macam sebelum ni tak pernah enjoy pulak* . hihihi :3 Tapi
tu la . aku bukan reti nak ke KL sane , takot kot . hahaha . kalau sengsorang
lagi la seram , mau aku bawak spare pisau or gunting dalam beg banyak banyak . *takot
punya pasalkan* Kot kot ade orang jahat ke , hape keee . *iieee seram ! >___<
Moga di jauhkanlah dari semua bala tu .
Aminn ~ HUHU .
Ni baru plan , sebab Husna pun tak sure
boleh bawak aku g jalan kL ke tak , dia pun tak berapa nak pandai sangat la .
Budak baru belajar . hihihi . Tu yang dia plan pegi Ipoh kalau tak jadi pegi kL
. Ipoh pun ipoh la . Paling best kalau lepas shopping dapat pegi berkelah
pulak! Perghhh ~ best dooooooo xD
Dah terbayang bayang aku nak mandi air terjun . wiwwittt :D Nasib la tu baru plan . hihii J insyaAllah , semoga Allah permudahkan segalanya . Aminn J okay lahh . tak tahu nak taip apa lagi . dah ngantok . nak tido J
Dah terbayang bayang aku nak mandi air terjun . wiwwittt :D Nasib la tu baru plan . hihii J insyaAllah , semoga Allah permudahkan segalanya . Aminn J okay lahh . tak tahu nak taip apa lagi . dah ngantok . nak tido J
Jumaat, 11 April 2014
Tegur Jika Salah :) Beri Semangat Jika Gembira :)
Bismillahirrahmanirrahim :)
Setiap bait kata kata adalah sesuatu yang perlu di fikir sebelum di tafsir .
Tidaklah membuat andaian secara melulu tanpa usul periksa .
Setiap yang Baik semuanya sempurna dari Allah SWT dan setiap yang Buruk yakni kekurangan juga dari Allah SWT cuma Hamba-Nya yang melakukan .
Tidaklah berterusan menjadikan ia suatu kekurangan .
Tetapi belajarlah merubah kekurangan itu . :)
Selasa, 1 April 2014
Say NO To April Fool Day !
April Fool Perayaan Membodoh-bodohkan umat Islam
Jangan membodohkan diri untuk sambut .
Sebarkan sebanyak2nya ~
Sejarah April Fool ~
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam
" Kullu minnaAllah "
Aku pendengar , tp malangnya aku bukan pencerita .
Aku pendengar yg setia , tp malangnya aku bukan pengadu simpati .
Aku pendengar yg menyimpan seribu rahsia , tp malangnya bukan satu pun aku boleh cerita .
Jangan resah andai ada yang membencimu ,
kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia .
TETAPI ,
resahlah andai Allah membencimu ,
kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat .
Langgan:
Ulasan (Atom)

