Bismillahirrahmanirrahim .
InsyaAllah pada entry ana kali ini , akan ana kongsikan berkaitan 'Jodoh' . Ana mula mahu berkongsi tajuk ni kerana ada seorang sahabat ana memperkenalkan coretannya di blog beliau dan meminta ana bersama sama merasai apa yang ditulisnya itu . Tertarik sungguh ana dengan salah satu bahagian kata-katanya .
"Orang yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit,yang boleh saya curi curi ambil dari troli orang lain.Kalau pun dia dengan saya.suatu hari dia boleh pergi ke orang lain.Kalau pun dia dengan kekasihnya,suatu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain.Dia ada otak,ada hati,ada kaki.Dia boleh ke mana mana sesuka hati." *copypaste dari blog beliau*
Memang betul , kita bercinta bukan dengan barang . Tapi Manusia ! Yang mempunyai otak , hati , dan kaki . Yang boleh merubah apa saja yang mereka mahu . Seperti takdir apa yang kita sedia tahu . Jodoh , pertemuan , ajal dan maut . Empat perkara memang kita tidak boleh merubah takdirnya sekiranya kita sendiri tidak mahu merubahnya .
Ana pun pernah alami situasi seperti ini banyak kali . Ana bercinta , ana yang berubah ! Ana bercinta , ana pula yang kecewa ! Tapi inilah dunia manusia dalam mencari 'jodoh' , kita semua akan lalui karma masing-masing . Bercinta bertahun-tahun dengan bakal suami kononnya . Tapi semua tu bukan jodoh ana , sebab apa ana cakap macam tu . Sebab satu saat yang kene ana kena terima juga iaitu 'Perpisahan' ! Sakit dihati macam hati dirobik , hati macam dibakar !
Biarlah kita buat apa je untuk bakal jodoh kita sekali pun , kalau dia berubah , semua akan berubah ! Sebab itulah jodoh ni Allah yang menentukan , Allah je yang tahu ! Kita nak orang tu , tak semestinya Allah bagi kita ada 'jodoh' dengan dia . Kalau kita taknak orang tu , tak mustahil Allah akan bagi dia ada 'jodoh' dengan kita . Jauh macam mana pun 'jodoh' tu , Allah akan permudahkan kelak . Kita berusaha jaga 'jodoh' kita jika ada :) 'Jodoh' berkekalan atau 'jodoh' separuh jalan .
Andai bukan'jodoh'.
Kita redha :')





